Pages

Thursday 16 October 2014

Perjalanan yang kecil

Bismillahhirahmanirahim..
Pembuka bicara indah tak terkata
Pemula bisikan madah terindah
Terucap tenang tanda bahgia
Iman di dada tertsemat kekal
Turun naiknya ada saja
Nafsu memberontak
menghempas laju
tanda protes

Iman membela tanda
Setia yang utuh
Amanah digalas
Cinta terkarang
Indah tanpa sedar
Dibawa jauh ke lubuk
Dasar hati yang tersembunyi
Mengelojak tanpa henti
Allah ada di sisimu...

Sunday 16 February 2014

cinta stertescope

BAB 1

Semalam merupakan mimpi ngeri yang berulang apabila ayah menolak permintaanku untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.Hati anak mana yang tak sedih apabila Ayah sendiri menghalang cita-citaku menjadi seorang Doktor perubatan .katanya ,apakah pantas seorang wanita menjadi seorang doktor .Aku dengan suara tersedu-sedu meminta maaf atas cita-citaku namun ni jalan yang aku pilih untuk membantu ummah ini dengan tangan sendiri.Salahkah andai aku mahu menjadi pembela umat islam  lebih-lebih lagi golongan muslimah yang kian dipijak-pijak maruahnya dek kerana kekurangan orang islam yang mengambil bidang ini sebagai pilihan utama.

"Ayah,Ina nak minta sangat restu ayah agar membenarkan Ina jadi seorang doktor"pinta Safina dalam nada tersekat-sekat.Uminya sudah bergenang air mata disisi Ayah yang sedang menahan marah.
"kan Aku dah cakap aku tak mahu seorang pun anak aku masuk dalam golongan orang dihina"bentak Ayah.
"Tapi Ayah ,ina nak sangat jadi doktor..."pinta Safina dengan nada simpati.
 belum sempat safina menghabiskan ayatnya satu pelempang melekap di pipi gebunya .

Jatuh terjelepok Safina apabila ditampar Ayahnya.Ayah tak pernah pukul Safina nak jentik pun tidak pernah tapi  hari ini Ayah dah membuktikan bahawa kebencian terhadap kejaya Doktor sangatlah tebal sehinggakan Anak kesayangannya ditampar .
 Mata ayah terbeliak apabila melihat cecair merah keluar dari tepi bibir Safina .Safina mengaduh kesakitan Uminya terus menyambut anaknya yang  jatuh ditampar suaminya.Hati Ibu yang tak luluh apabila anak yang dikandung 9 bulan sepuluh hari dipukul tanpa belas walaupun oleh suaminya sendiri.

Wednesday 12 February 2014

HARGA SEBUAH SYAHID
Andai ditanya sama kita,
sama ada mahu jihad atau tidak,
yang pasti ramai tersenyum tunduk,
ada juga yang akan angkat tangan ,
sambil berkata "ya,aku sanggup"

Namun apabila tiba saatnya,
Pembuktian kata-kata yang terlafaz,
jasad hilang bayangnya termengah mengejar ,
lihat si pemuda menyanyi di jalanan,
ada yang bercakap bagaikan menteri ,
ada yang bijak bermain kata,

Cuba dihulurkan senapang berpeluru,
pasti tangan kaku peluh mula meracik,
pucat darah hilang lagaknya,
mau ditanya ke mana hilangnya beranimu,
aku belum bersedia katanya,

menitis airmata sang pejuang syahid mendengar,
belum sedia itu kata-kata seorang yang pengecut
beraninya si pejuang menghamburkan kata-kata itu ,
bukan kerna angkuh tapi kerna sedih mengenang nasib agama,
Khalid islamboid tidak gentar akan dunia,
ditembak anwar sadat si firaun itu dengan niat lillahhitaala

Baginya dunia ini tak ade artinya,
hanya satu misi yang ingin dicapai,
ya itulah kalam Syahid yng mahal nilainya ,
israei zionis tak tahu mahalnya Syahid,
kerna itu jangan gentar jangan takut
Majulah melangkah demi syahid di jalan ALLah....
PUISI SAYANGNYA SEORANG ABANG.....

Dalam ketetapan Allah Azza-wajjala,
Ditakdirkan dirimu sedarah dengan diriku,
lahirnya dirimu di rahim yang sama,
berbapa ber "ibu " yang sah tarafnya,
Diatur Allah SWT akan dirimu sebagai Abangku

disemaikan naluri kasih-sayang dalam dirimu,
Yang tidak tegar melihat tangisan ADikmu ini
Yang tidak tegar lihat walau sehelai rambut terdedah ,
yang engak tegar melihat walau seurat aurat adikmu ternoda,
walau dari pandangan sahabat karibmu sendiri

Walau abangku bukan Ulama,
walau abangku bukan hafiz Al-quran,
Dan walaupun abangku tak mampu menjanjikan syurga buatku<
namun ,diri ini tetap lirih syukur kepada Allah,
hanya doa dan pengharapan hidayah buatmu,

Agar dirimu kembali menemui rabmu dalam husnul khatimah
diredakan ROHMU amalmu dengan keindahan Hakiki
bersama-sama ngan bidadari yang tercipta dari cahaya,

Wahai abangku,
Syukran atas pengorbananmu
Syukran atas perlindunganmu,
Syukran kerna sudah menjadi ABANGKU

Aku mau cinta Rasulullah SAW selepas ALLAH AZZAWAJALLA

Assalamualaikum.......buat teman para pengunjung yang sudi membelek blog ana..yang ringkas ini....

salam ukuwah  buat teman.....sesungguhnya Allah SWT adalah yang terspecial di setiap hati makluk yang hidup di muka bumi....mahupun yang melata tumbuhan yang berzikir memuji kebesaran Ya-Khaliq maha melihat dan mengetahui

Barangkali Allah SWT sedang melihat ana yang sedang duduk di atas kerusi sambil menaip sebuah coretan yang ringkas sambil mendengar bisikan hati ana yang berdialog dengan bisikan hati....sama ada untuk kebaikan atau sebaliknya namun moga -moga ianya adalah untuk ummah ini yang sebagai tanggujawab  KEkasih kita semua iaitu....MUHammaD SAW...banginda sangat indah....sampaikan kita tak mampu nak gambarkan bagaimana rupa rasululllah yang mendapat gelaran Habibulllah dari AL Qudus.....

Indah Nabi muhammad tidak mampu......digambarkan keindahannya walaupun kita tahu hadis Baginda mengenai baginda dari segi akhlaknya yang subhannaAllah  sangat sempurna 
 bagaimana kalau kita masih belum cinta kepada insan yang specail ini....sedangkan baginda telah lama cinta kepada kita sejak dari dulu  namun berapa ramai yang benar -benar ingin kenal Rasulullah bukan hanya tahu mengenai  biodata baginda tapi benar -benar menghayati penat lelah banginda yang sangat sangat perit lagi memilukan.....sampaikan kat syurga,baginda sanggup nak tunggu kita. kat titian sirat ...tau
 
Gambar cicit RASULULLAH SWT.....