Pages

Sunday 16 February 2014

cinta stertescope

BAB 1

Semalam merupakan mimpi ngeri yang berulang apabila ayah menolak permintaanku untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.Hati anak mana yang tak sedih apabila Ayah sendiri menghalang cita-citaku menjadi seorang Doktor perubatan .katanya ,apakah pantas seorang wanita menjadi seorang doktor .Aku dengan suara tersedu-sedu meminta maaf atas cita-citaku namun ni jalan yang aku pilih untuk membantu ummah ini dengan tangan sendiri.Salahkah andai aku mahu menjadi pembela umat islam  lebih-lebih lagi golongan muslimah yang kian dipijak-pijak maruahnya dek kerana kekurangan orang islam yang mengambil bidang ini sebagai pilihan utama.

"Ayah,Ina nak minta sangat restu ayah agar membenarkan Ina jadi seorang doktor"pinta Safina dalam nada tersekat-sekat.Uminya sudah bergenang air mata disisi Ayah yang sedang menahan marah.
"kan Aku dah cakap aku tak mahu seorang pun anak aku masuk dalam golongan orang dihina"bentak Ayah.
"Tapi Ayah ,ina nak sangat jadi doktor..."pinta Safina dengan nada simpati.
 belum sempat safina menghabiskan ayatnya satu pelempang melekap di pipi gebunya .

Jatuh terjelepok Safina apabila ditampar Ayahnya.Ayah tak pernah pukul Safina nak jentik pun tidak pernah tapi  hari ini Ayah dah membuktikan bahawa kebencian terhadap kejaya Doktor sangatlah tebal sehinggakan Anak kesayangannya ditampar .
 Mata ayah terbeliak apabila melihat cecair merah keluar dari tepi bibir Safina .Safina mengaduh kesakitan Uminya terus menyambut anaknya yang  jatuh ditampar suaminya.Hati Ibu yang tak luluh apabila anak yang dikandung 9 bulan sepuluh hari dipukul tanpa belas walaupun oleh suaminya sendiri.

1 comment: